Kuliah Subuh
20 Ogos 2016
Surau An Nur S1 BBBangi
Ustaz Dr Shafie Md Amin
Tajuk:
You Are The Best = كنتم خير أمة
Syukur pada Allah atas segala nikmat yang diberi
Sama2 kita tanam azam yang kuat untuk tukar nikmat ini kepada AMAL SOLEH
Amal soleh penting untuk kita & hidup ini
Manfaatkan masa sekarang sebaiknya
Khusyuk = fokus kepada objektif kehidupan = Taat pada Allah
Fokus dalam belajar = faham Quran secara praktikal
Jika kita tidak dapat faham Quran secara praktikal kita tidak dapat capai objektif penurunan Al Quran
Amal soleh melahirkan akhlak yang baik
إِيَّاكَ نَعْبُد = saya nak taat sekarang
Manfaatkan masa sekarang untuk buat AMAL SOLEH
Latih diri kita untuk jadi manusia yang fokus=khusyuk
Sungguh2 berazam=niat yang disertai dengan tindakan sekarang
Al Baqarah 2: 40
يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ اذْكُرُوا نِعْمَتِيَ الَّتِي أَنْعَمْتُ عَلَيْكُمْ وَأَوْفُوا بِعَهْدِي أُوفِ بِعَهْدِكُمْ وَإِيَّايَ فَارْهَبُونِ
Wahai Bani Israil! Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang telah Kuberikan kepada kamu, dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu, supaya Aku sempurnakan perjanjianKu dengan kamu; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain).
Apa janji kita pada Allah?
Untuk taat pada perintah Allah
Semua Rasul diutuskan untuk umat agar taat perintah Allah
Rasul yang pertama adalah Nabi Nuh
Nabi yang pertama adalah Nabi Adam
Apa janji Allah pada kita?
Allah akan bawa kita ke syurga
Minta tolong dengan Allah. Allah bukan bagi apa yang kita suka, Allah bagi apa yang Allah suka. Allah tolong kita untuk menuju ke syurga
Baik bagi kita=apa yang kita suka
Baik pada Allah=apa yang Allah suka
Apabila kamu telah berazam (niat & tindakan), serahkan pada Allah keputusan
Untuk amal, kena faham Al Quran, untuk faham Al Quran kena belajar Bahasa Arab Al Quran
Jannatun = kebun yang rimbun
Jinnatun = jin
Junnatun = perisai
Asal perkataan
Jan = tutup
Cantik Bahasa Arab Al Quran. Siapa yang faham makna dia akan jadi kreatif / banyak berfikir. Dalil?
Yusuf 12: 2
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ
Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.
Kita target hafal Al Quran
1 tahun = 52 ayat
Lancar macam baca Al Fatihah
1 minggu 1 ayat hafal
Sambung buku "You Are The Best = كنتم خير أمة" ms 90
Ikhlas = melakukan sesuatu kerja ikut peraturan Allah. Dalil?
Al Baiyinah 98: 5
وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ ۚ وَذَٰلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ
Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Ugama yang benar.
Integriti = kejujuran = melakukan kerja yang betul walaupun tidak diperhatikan sesiapa tetapi sentiasa diperhatikan Allah
Ihsan = lakukan ibadah seolah kita lihat Allah. Jika tidak mampu, Allah sentiasa lihat kita
Allah sentiasa lihat kita. Didik anak2 secara praktikal. ALLAH SENTIASA LIHAT APA YANG KITA LAKUKAN
2 fokus / target:
Hafal Al Quran
Faham Bahasa Arab Al Quran & Amalkan
Al Hujurat 49: 13
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
Takwa = khairukum
Terbaik adalah orang yang belajar Al Quran
Al Muzammil 73: 4
أَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلًا
Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".
Al Ankabut 29: 45
اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ ۖ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ ۗ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ
Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
اتْلُ = baca
Fiil amal, wajib buat
Tujuan baca Quran untuk amal
Syahadah bukan sekadar ucap.
Syahadah = ucap dengan penuh pengertian & penghayatan.
Tiada tuhan/sembahan/fokus/taat selain Allah.
Macam mana nak taat?
Kena belajar & faham Bahasa Arab Al Quran
Baca, faham, amal & sampaikan
Tadabbur = dubur = hujung = makna sebenar
Addin = agama = cara hidup yang mematuhi peraturan Allah
Ustaz = orang yang belajar agama. Kita semua kena belajar, faham & amalkan agama
Moga Allah buka hati kita untuk LAKUKANNYA SEKARANG
Moga Allah jadikan kita orang yang terbaik disisinya
QA
Korban
Al Maidah 5 : 27
وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ابْنَيْ آدَمَ بِالْحَقِّ إِذْ قَرَّبَا قُرْبَانًا فَتُقُبِّلَ مِنْ أَحَدِهِمَا وَلَمْ يُتَقَبَّلْ مِنَ الْآخَرِ قَالَ لَأَقْتُلَنَّكَ ۖ قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ
Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):" Sesungguhnya aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa;
Korban = korib = dekatkan diri pada Allah
Syaratnya kena bertakwa
Takwa = orang yang belajar Al Quran
Al Baqarah 2: 2
ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
Tanda Allah terima korban / amalan kita (solat, umrah, haji dll) = bila kita berkorban / buat amal, kita semakin dekat dengan Allah. Semakin bertakwa & istiqamah belajar Al Quran