Bismillahirrahmanirrahim..
Rasanya, ramai yg tahu, ataupun pernah mendengar
perkataan al ma'thurat, kan? Al ma'thurat adalah kumpulan ayat-ayat al-Quran,
zikir-zikir serta doa-doa yang selalu diamalkan oleh Rasulullah SAW. Ia disusun
oleh as syahid Imam Hasan al Banna. Semoga Allah membalas dengan kebaikan usaha
beliau yang telah memberi banyak manfa'at ini, amin ya Allah.
Al ma'thurat ada dua jenis, iaitu kubra (besar) dan
sughra (kecil). Bacaan al ma'thurat kubra adalah lebih panjang dan lebih banyak
berbanding dengan yang sughra. Selalunya, kebanyakan orang hanya membaca yang
sughra. Termasuk la diri ini..hehe..besa la kita kan selalu berkira dlm
beribadah..Astagfirullah3x..Namun, jika ada masa yang lebih, mungkin boleh
membaca yang kubra. Al ma'thurat dibaca pada waktu pagi (selepas waktu subuh)
dan juga pada waktu petang (selepas waktu asar).
Sebenarnya, setiap bacaan yang terkandung di dalam
al ma'thurat mempunyai kelebihan tersendiri. Sebelum ini, selalu je dok amal
mase kt skolah dulu.setiap kali pg ngn petang..terima kaseh kpd guru2 kt SMKA
Wataniah sbb perknalkan bnda ni..tp bila melangkah masuk matrik n IPG ni..dah
lama tgal..kalo dulu memang hafal la..siap jdik kepala yg mengetuai bacaan.tp
skrg dah gagap2..nak wat mcm mna..baca pon jarang2..leka..alpa ngn dunia..ALLAH3..hmm
tp Alhamdulillah..aku dah mula sedaq..tahun ni dah amal balik..dan dah mula
lekat dlm kepala n hati ni..
Pagi2 n petang2 jom kita amal..Insya Allah Ta'ala,
kita akan dipelihara olehNya daripada gangguan syaitan, sihir, kesedihan serta
kesusahan hidup, dan apa-apa saja yang mungkin boleh menjauhkan kita daripada
mengingatiNya.
Bahkan, untuk jangka masa panjang, jiwa kita juga
akan menjadi lebih tenang dan merasa lebih lapang, insyaAllah!
Ok.stkt ni dulu..jom siap2..nak blik rumah sewa dah
ni..huk3..babai!
0 comments:
Post a Comment