Berkali plan 'akad nikah' tapi 'tak jadi'.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Bismillahirahmannirahim 'sebelum bertunang' baru-baru ini, saya kerap kali plan akad nikah tapi asyik tak jadi.

1. Adik lelaki saya pernah kenalkan saya kepada seorang ustaz dari negeri kelantan yang mengajar adik nasyid, yang mana ustaz tersebut mendapat tawaran untuk berkhidmat di negeri Sabah sebagai seorang guru. Punya main happy sebab ada ustaz nak masuk minang lepas SPM. Yelah, bonus kot kalau wanita tak ada agama tapi ada 'orang agama' yang sudi terima. Tapi tiba-tiba cancel. Beliau beritahu ibunya telah memilih calon pilihan dari negeri kelantan juga.

2. Time (lower 6), Seorang naqibah pernah menjadi orang tengah buat saya dengan seorang adik kandungnya merangkap satu-satunya anak lelaki dalam adik-beradiknya yang menuntut pengajian di Azhar, Mesir. Siap dah rancang keluarga lelaki akan beli tiket ke Sabah melihat saya. Tiba-tiba kata tak boleh balik Malaysia ada urusan rasmi di Azhar dan tunggu tunggu dan tunggu until lost contact.

3. Time (Upper 6), senior saya berkenan dengan seorang juniornya di UMS Sabah, dan berkenan untuk 'menyatukan' saya dan juniornya. Kali ini saya nekad, saya kata kalau kali ini juga tak jadi. Saya akan stop untuk menerima mana-mana yang datang. Dan masa tu, entah macam mana adik boleh main buka galeri hp sebelah mama dan mama nampak lah pic budak UMS ni. Mama panggil dan soal kenal bagaimana ? Siap selidik nama si ibu ayah budak lelaki ni. Rupanya budak lelaki ni ada kaitan darah sebelah nenek. Ya, memang bukan sepupu dekat tapi mama tak restu sebab ada pertalian dengan ahli keluarga. Fuh! Kecilnya dunia. Lepas tu pun ada budak pondok nak nikah, tapi saya dah malas fikir.

Sampai satu saat saya menangis sungguh-sungguh masa solat. Saya doa, Ya Allah. .Kalau aku ni ditakdirkan untuk solo yang 'berpanjangan', jangan biarkan solo ini, solo yang Kau murkai.

Direct to the point, dulu saya ada satu angan-angan. Saya tertarik dengan satu penyataan, yang mana wanita terbaik dalam islam ini adalah yang awal nikahnya, yang murah maharnya, dan yang ramai zuriatnya. Kelebihan demi kelebihan membuatkan saya berfikir sejenak.

Mama selalu cakap, " Belajarlah lagi. "

Dulu saya tertanya-apa apa maksud mama belajar lagi ? Adakah maksud mama saya kena tamat spm ? Stpm ? Atau diploma ? Degree ? Master ? Etc.. Then baru kahwin ?

Tapi saya silap. Rupanya di sebalik perkataan belajarlah lagi ada maksud yang tersirat. Mama rungkaikan perkataan " belajarlah lagi " dengan maksud yang begitu luas. Pendek kata, belajar menjadi seseorang sebelum menjadi seseorang. Bagaimana ? Belajar menjadi kakak yang baik sebelum menjadi isteri yang baik. Belajar menjadi anak yang baik sebelum menjadi ibu yang baik. Paling penting belajar menjadi hamba Allah yang baik, di dunia dan di akhirat.

Mak saya selalu pesan, bersediakah untuk mentaati seorang lelaki yang baru hadir dalam hidup? Bersediakah menanggung jerit perih alahan mengandung? Sakit bersalin berpantang? Bersediakah siang malam tanpa malas dan culas menjadi pembantu paling setia buat si suami ? Dari segi makan minumnya, pakaiannnya, kewangannya dan segala hal. Realiti, anak yang akan lahir dari rahim wanita nanti mahu berjam-jam di pangkuan kita sampai badan menggigil lapar, dan lesu yang amat. Kadang tak cukup tidur. Bersediakah ? Ya, mungkin saya belum cukup bersedia dalam hal ini.

Remember, you are giving your life for your children. Kata mak saya, JANGAN MIMPI hendak makan, mandi dan tidur dengan aman selagi anak masih kecil. Sebab itu yang bujang-bujang, jangan memberontak kalau mak ayah tak izin lagi untuk nikah. Mereka tahu tahap mana 'kemampuan' anak-anak mereka, mereka tahu kita belum siap sedia menjadi yang terbaik untuk suami dan anak-anak. Bukan kerana mereka tak sayang kita. No. But kerana mereka sayang lah mereka berbuat demikian. Mereka risau dan risau kita menjadi isteri yang derhaka, yang mengabaikan hak dan tanggungjawab kepada suami dan anak-anak. Yang akhirnya meletakkan amanah di tepi jalanan semata-mata lalu dipersoalkan di akhirat kelak kenapa kau ini dan itu ?

Ingat, semua itu hanyalah kerana mak ayah ingin MENDIDIK KITA bahawa kehidupan selepas kahwin itu BUKAN MUDAH, sebab itu mereka mahu kita berdikari sekurang-kurangnya cuba untuk hadapi susahnya liku kehidupan tanpa harapkan orang lain.

Kita yang masih bujang,
Kalau kita lihat semua yang indah-indah belaka. Itu hanyalah apa yang mereka perlihatkan kepada dunia. Hakikatnya, susah payah, perit air mata yang disembunyikan hanya Allah sahaja yang tahu. Kita hidup di alam realiti bukan fantasi. Realiti bukan mimpi atau ilusi. Jangan hanya berangan-angan yang indah belaka tanpa mahu MEMIKIRKAN amanah dan tanggungjawab yang bakal dipersoalkan.

Alasan, sudah kenal lama atau elak maksiat tidak cukup untuk kahwin tergesa-gesa. Sebab jika gunakan alasan masa bujang kahwin awal untuk pelihara maruah, bagaimana kamu yakin akan menjaga maruah selepas nikah ?

Sebab itu untuk kahwin, perlu ilmu. Bukan nafsu melulu. Saya pesan untuk diri sendiri. Kahwin itu perlu ilmu.

Kalau kita ingat kisah Imam Nawawi, beliau tidak sempat menikah kerana sibuk dengan ilmu. Beliau meninggal pada usia muda. Namun sumbangannya kepada dunia islam amat besar dan terlalu besar. Terutamanya dalam mazhab syafie, beliau juga merupakan seorang ulama mujtahid Tarjih. Maka lelaki dan perempuan perlu ilmu. Bukan ilmu yang perlu kamu.

Saya tak kata jangan menikah sampai bila-bila. Tak. Tapi saya ingin ingatkan diri sendiri juga rakan-rakan di luar sana. Pentingnya peranan ilmu itu. Saya juga tak kata tuntut ilmu sampai tak ingat nikah. Tak. Sebab saya pun manusia biasa. Manusia mana yang tak punya fitrah ? Hanya manusia yang mati sahaja.

Tapi kerana kesyumulan islamlah, lahirlah adab dan hikmah yang sepatutnya kita pandang secara terperinci. Ada orang dia wajib tuntut ilmu dulu baru dia rasa best nak nikah. Ada orang dia wajib nikah dulu baru dia rasa best tuntut ilmu. Kedua-dua boleh diterima pakai selagi ia membawa manfaat kepada agama. Maka pilihlah. Satu hal yang bujang-bujangan selalu lupa adalah 'berpuasa'. Padahal Islam dah bagitahu siap-siap, sesiapa yang tak mampu maka berpuasalah.

Bujang mana yang tak sedih ? Bila melihat pasangan di luar sana ? Tapi cuba terapkan sangkaan baik dengan Allah. Mungkin waktu bujang ni, Allah nak aku jaga kedua orang tua yang sakit atau yang sudah tua. Mungkin Allah nak aku berubah dulu perbaiki akhlak dan sikap, mungkin Allah nak aku belajar bersabar banyak-banyak, mungkin Allah nak aku luangkan usia bujang pada jalan dakwah atau tarbiah, mungkin Allah nak aku sibukkan diri perbaiki ahli keluargaku, mak ayah ku, kakak dan abangku, kerna mereka semakin jauh dari landasan islam. Mungkin Allah nak aku khatam kitab muhimmah at least, mungkin Allah nak aku boleh mengaji untuk didik zuriatku esok, Mungkin ada mudharat yang ingin Allah selamatkan aku. Cuba. .

Cuba sangka baik-baik. Cuba melihat semua takdir Allah dengan penuh cinta. Dan laluilah hidup ini dengan penuh cinta. Cuba belajar berkata, " Ya Allah cukuplah KAU buat aku. Ya Allah cukuplah kasih sayang-Mu buat aku. Ya Allah jangan biar aku jauh dari-Mu Ya Allah. Aku takut 'ada jarak' antara kita Ya Allah. Aku mahu KAU Ya Allah, kasih sayang-Mu dan redha-Mu. "

Berkata seorang ilmuan,
"Pungutlah hikmah dimana pun engkau menemukannya. Kerna, hikmah adalah perkara yang hilang daripada orang-orang mukmin. Jika engkau mendapatinya, Maka genggamlah ia sekuat-kuatnya."

Kawan-kawan,
Tak kira anda sudah berpunya atau belum berpunya atau bakal berpunya. Tidak semua perkara akan membahagiakan kita. Kerna kesakitan sememangnya hadir dahulu barulah kebahagiaan menjelma. Kalau semua benda boleh diputar balik ke belakang, tak ada lah yang namanya hikmah.

Adakah selama ini kita salah pilih ? Tak.
Tapi sebab jalan cerita takdir telah tertulis sedemikian. Bukan juga bermaksud menyalahkan takdir tapi 'merenung hikmah' di sebalik takdir. Cara Tuhan bekerja ni lain. Penuh dengan 'rahsia'. Supaya kita belajar dengan sesuatu pilihan.

Just don't die before the time come. Jangan mati sebelum ajal tiba. Maksudnya jangan mengalah selagi ada nafas. Kecewa, sakit, terluka, menangis, pedih, there's so much to live in this life and it's all worth it.

You can't make people like, love, understand, accept or be nice to you. You can't control them either.

Letih, penat, sakit, stress, tekanan, give up, futur, tersungkur, and everything we can feel it.

But, it will change everything ?
No.

Sebab semua itu terpulang ke atas individu.
Kita yang 'bergantung' pada manusia kenapa ?

Angkuh, ego, sombong.
Yup ! That's us.

Kita jauh dari Tuhan.
Yup that's us !

Kita buat Tuhan macam 'barang mainan'
Yup that's us !

Kita rasa satu dunia tak memahami kita. Tak ada seorang pun yang sudi pandang kita. Kita hilang kekuatan. Kita tak tenang. Kita gelisah. Kita rasakan dunia ini kejam.

Yup that's us !

Walhal kita lupa,
Masih ada yang sudi pandang.
Masih ada yang sudi dengar.
Masih ada yang sudi lihat.
Masih ada yang sudi bersama.
Bahkan masih ada yang sudi 'menerima'.

Dia, tidak lain tidak bukan.
Allah Tuhan sekalian alam.

Kita lupa Allah sebaik-baik tempat mengadu.
Kita lupa Allah sebaik-baik tempat meluahkan segala isi hati juga rahsia-rahsia yang selama ini kita pendam sorang-sorang.

Luahlah berjam-jam sekalipun dalam doa nescaya Allah takkan 'bosan' untuk mendengarkan berbanding dengan manusia.

No one knows our pain more than Allah.
No matter how much someone knows, no one cares as much as Him.

Untuk menjadi hamba terbaik di sisi Allah pula kenalah abaikan mulut manusia yang 'tak mengerti'. Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself. Jadilah 'hamba bertakwa' tak kira anda sudah bernikah atau masih bujangan. Kerana Islam ada sebut, sebaik-baik manusia itu adalah yang bertakwa.

Pilihlah.
Kerna cuma orang mati yang tak ada pilihan dah. Semoga jadi bujang yang 'diredhai' Allah.

#kopipes

0 comments:

Post a Comment

Saturday, July 9, 2016

#muhasabah 005: Hikmah yang tersirat

Posted by Nadira Aisya at 10:56 PM

0 comments on "#muhasabah 005: Hikmah yang tersirat"

Post a Comment

About Me

My Photo
Nadira Aisya
aku insan biasa,yang menyanjung setiap hikmah kalimah se0rang daie..Lantaran itu ku kan terus berdiri mendukung risalah ini..
View my complete profile
Powered by Blogger.

Followers

j0m gege

ShoutMix chat widget

d0a se0rang kekasih

About this blog