ASSALAMUALAIKUM...
Kawen..sape xnak kn..semua org akn bersemangat utk berbincang@bg pndangan pasal bnda ni..kalo kt forum2 pon bg tajuk ala2 kawin..kompem ramai akan datang..fitrah manuasiakn..
macam org lain jugak..aku pon nk jugak!!!(sambil lompat-lompat)
OPPSS!!..behave2..ehem2..
berbalik kpd pasal KAWIN..aku pon ade kriteria2 tertentu pasal bnda ni..nak yang macam ni la..mcm tu la..nak ala2 pan asia la..nak yang ade 6paxs la..tp yg penting nak yang ade agama..sangat2 penting bnda tu..hopefully si dia da mantap bnda tu..AGAMA..then p la jumpa my wali..Encik Razali...waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
xsabar.xsabar..xsabar..xsabar...tu dia..
meh nk kongsi pasal ciri2 yang molek..ni terjumpa kt gugel..nk kongsi ngn sahabat2 sume..=)
Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberikan kepada
seseorang yang boleh bergelar suami, pilihlah seorang lelaki yang;
1.Kuat Pengamalan Agamanya
Ukuran boleh dibuat apakah dia menjaga sembahyang fardhunya biar sesibuk mana, kerap berjemaah dan sembahyang pada awal waktu.
Ukur juga, apakah dia menjaga auratnya dengan memakai pakaian yang sopan terutama sewaktu bersukan.
Mengutamakan pemuda yang kuat pengamalan agamanya ini adalah sunnah Rasulullah s.a.w. kerana baginda menerima pinangan Sayidina Ali, seorang pemuda paling miskin tetapi paling bertakwa untuk menjadi suami anaknya, Siti Fatimah.
2. Baik Akhlaknya
Ketegasannya nyata tetapi sebenarnya dia seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Dia bertutur dengan sopan kerana melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia. Rasulullah s.a.w. bersabda;

"Jika (seorang lelaki) datang (untuk
meminang anak perempuanmu) dan kamu berpuas hati dengan agamanya serta
akhlaknya,nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu kamu tidak
lakukan maka akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang amat luas."
3. Tegas Mempertahankan Maruah
Ukur, apakah dia pernah pergi ke tempat-tempat yang bleh menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya seperti ke tempat-tempat hiburan yang penuh dengan maksiat.
4. Amanah
Selidiki, apakah dia seorang yang tidak pernah mengabaikan tugas yang diberikan kepadanya atau apakah dia pernah menyalahgunakan kedudukannya.
5. Tidak Boros
Dia bukanlah kedekut tetapi seorang yang tahu membelanjakan wangnya dengan bijaksana. Nikmat yang ada padanya seperti makanan boleh dikongsi sama dengan orang-orang lain yang berhak.
6. Tidak Mengelingas Matanya
Perhatikan apakah matanya kerap mengelingas ke arah perempuan lain yang lalu-lalang sewaktu berbicara. Jika begitu, dia seorang yang bermata keranjang dan berbahaya untuk disenaraikan calon suami.
7. Terbatas Pergaulan
Dia tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah menjadi fitnah orang.
8. Siapakah Rakan Pergaulannya
Rakan-rakan pergaulan adalah yang sama sepertinya.
9. Bertanggungjawab
Rasa bertanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh manakah dia menguntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika dia seorang yang agak berada tetapi keluarganya hidup susah,dia bukanlah seorang yang bertanggungjawab.
10. Tenang wajahnya
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Perhatikan, apakah wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Andainya dia seorang yang kelam-kelibut dia bukanlah calon suami yang anda cari-cari.
- Berbahagialah anda jika dicintai calon suami yang demikian sifatnya. Semoga berbahagia di dunia dan akhirat.
- Cinta seorang wanita bukan untuk 'buaya-fren' tetapi untuk suaminya yang sah.
0 comments:
Post a Comment