SEKADAR PRKONGSIAN...
Apa itu
cinta? Kenapa kita menyintai? Syukur Alhamdulillah jika kita menyintai
seseorang itu kerana Allah, ini cinta yang suci dan agung. Cinta semata-mata
kerana inginkan keredhaan dariNya. Cinta kerana ingin mendekatkan diri
kepadaNya. Cinta kepada dia kerana yakin dia boleh membangkitkan semangat kita
untuk berjuang mendapatkan keredhaan dari Allah. Cinta kepada dia kerana dia
yang mendorong rasa rindu kepada Allah. Cinta kepada dia kerana dia yang mampu
menjamin kenikmatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Cinta kepada dia kerana
dia yang sanggup bersusah payah, suka dan duka bersama kita berjihad menuju
jalan Allah. Cinta kepada dia kerana dialah insan yang berkemampuan untuk
menyambung zuriat kita, melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah. Cinta
kepada dia kerana dia juga mencintai Allah. Alhamdulillah..Jika kita di
kurniakan cinta yang sebegini, maka rugilah kita jika kita menolak cinta ini.
Namun, sebanyak mana orang yang mampu menyintai kita kerana sebab-sebab itu semata? Puji-pujian kepada Allah, syukur hanya kepada Dia jika kita di anugerahkan rasa cinta dan di cintai seindah ini. Alhamdulillah. Bagaimana kalau si dia cintakan kita kerana sebab-sebab berikut:
Dia mungkin cintakan kita kerana kita ni cantik, tubuh kita ramping yang menggiurkan atau kacak yang mempesona, dia mungkin cintakan kita kerana pertuturan kita yang lemah lembut, kerana suara kita yang merdu menggoda. Dia mungkin mencintai kita kerana mata kita yang indah, bak kata pepatah, dari mata turun ke hati. Dia mencintai kita mungkin kerana kelincahan kita, kerana kecekapan kita. Dia mungkin mencintai kita kerana kebijaksanaan kita berdebat meluah pendapat. Dia menyintai kita mungkin kerana wang kita dan harta kita, atau kerana karier , status dan ‘siapa’ kita yang membanggakan atau macam-macam lagi sebab.
Namun, mari kita soroti dengan lebih mendalam. Bagaimana andai secara mengejut Allah takdirkan kita bisu. Adakah dia yang menyintai kita kerana kemerduan dan kepetahan kita akan masih menyintai kita? Bagaimana kalau Tuhan takdirkan kita buta..adakah dia yang menyintai kita kerana tajamnya panahan mata kita akan masih menyintai kita? Bagaimana kalau Tuhan takdirkan kaki kita kudung, lumpuh tidak mampu bergerak, adakah dia yang menyintai kita kerana kelincahan kita akan tetap menyintai kita? Bagaimana kalau tiba-tiba muka kita cacat, tidak lagi secantik dulu atau berkedut sana sini, adakah dia masih menyintai kita? Bagaimana pula kalau kiranya kita ditakdirkan tidak dapat melahirkan anak? Adakah dia yang mencintai kita kerana kita melahirkan zuriat untuknya akan terus menyintai kita?
Mungkin juga tidak kerana cinta kepada sesuatu yang ada pada kita, bermakna cintakan suatu yang tidak kekal, yang bermaksud, boleh diambil kembali olehNya yang Maha Berhak ke atas hamba-Nya pada bila-bila masa sahaja. Semua itu hanyalah pinjaman. Malahan, cinta itu sendiri juga suatu pinjaman. Suatu nikmat yang boleh ditarik bila-bila masa sahaja.
Maka. InsyaAllah, aku tidak akan sekali-kali menerima cinta kerana suatu yang tidak pasti. Aku pasti akan menyintai, dan dicintai..tapi Tuhan, jika Kau takdirkan aku jatuh cinta, Kau jatuhkanlah cintaku ini kepada dia yang mencintaiku kerana Mu.”

#just kopi n pes..=)
0 comments:
Post a Comment