Jadilah orang yang rendah diri. Caranya ialah dengan menyedari, akui dan sentiasa ingat kelemahan diri sendiri.

Jauhilah sikap sombong. Sombong ini biasanya terjadi sebab kita lupa banyaknya kelemahan diri sendiri dan kita selalu rasa diri kita lebih baik dari orang lain. Lebih "perfect" or much better than others.

Tak salah nak rasa diri kita bagus tapi jika tak diikat dan diajar dengan sifat sedar dan akui kelemahan diri, kita akan hilang sifat tawadhu' (rendah diri). Kesannya, dalam banyak keadaan kita akan selalu rasa kita lebih baik dari orang lain.

Jika tak percaya perhatikanlah diri sendiri sekarang juga.

Rendah diri ni bukan bermakna kita  downgrade atau jatuhkan kualiti diri sendiri. Kita tahu diri kita bagus dari sesuatu sudut malah kita juga sedar kita ada kelemahan dari sisi lainnya. Bahkan kita sedar yang sebagus mana pun kita dari suatu sudut itu, mesti di luar sana ada lagi orang yang bagus dari kita.

Inilah beza orang yang tawadhu' dengan orang yang bangga diri sendiri. Dua cara positifkan diri yang nampak sama tapi kesannya kepada diri kita sangat berbeza.

Apa yang buatkan iblis
dicampakkan dari Syurga? Kerana dia rasa dia lebih bagus dari Adam. He is much perfect, much more better. Dia pandang rendah Adam sebab Adam dicipta dari tanah sedangkan dia dari api. "Takkanlah dia lagi bagus dari aku!"

Bermula dengan sikap rasa diri sendiri bagus dari orang lain dan tak sedar diri sendiri banyak kekurangan, Iblis berubah jadi sombong dan tak mahu sujud kepada Adam walaupun itu perintah yang disampaikan directly daripada Allah!

Sekali lagi cuba fikir sekejap, diri kita ni biasanya ada sikap macam tu tak? Selalu tak rasa

"Eleh aku lebih bagus, buat benda camni pun tak reti"

"Aku ni lebih alim,dia bukannya pandai dari aku."

"Aku lebih kaya, dia tu ade ape je"

"Aku lebih tinggi pangkat dia tu kerja ape je pun"

"Aku lebih pakarlah, dia tu belajar pun tak sampai tahap macam aku ni."

"Belajar baru setahun jagung, itu pun lulusan ape je... Ada hati nak cakap macam-macam.."

"Aku lebih bagus dari dia!"

....

Jangan kata dan fikir pasal orang lain. Perhatikan diri anda sendiri sekarang!

Sikap sombong dan rasa diri lebih bagus ini mentornya ialah iblis. Semoga kita sentiasa jadi orang yang sedar diri kita banyak kelemahan dan tak pandang rendah sesiapapun.

Before you downgrade others, check yourself first.

Hukama' Arab menyebutkan:

عجبت لابن آدم يتكبر  وأوله نطفة وآخره جيفة
"Sungguh menghairankan bagi anak Adam yang sombong sedangkan dia pada awalnya hanyalah setitis air mani dan akhirnya dia hanyalah mayat yang mereput."
______

0 comments:

Post a Comment

Friday, August 5, 2016

#muhasabah 010 : jaga diri jaga hati

Posted by Nadira Aisya at 8:34 AM

0 comments on "#muhasabah 010 : jaga diri jaga hati"

Post a Comment

About Me

My Photo
Nadira Aisya
aku insan biasa,yang menyanjung setiap hikmah kalimah se0rang daie..Lantaran itu ku kan terus berdiri mendukung risalah ini..
View my complete profile
Powered by Blogger.

Followers

j0m gege

ShoutMix chat widget

d0a se0rang kekasih

About this blog