Bismillah..
Mood cuti: on..
Xsabar nak balik..nk makan byak2..ngidam colek perut..hmm smbil tggu flight..tetiba dtg idea..nk kongsi kt blog..

Hari ni..sepupu aku kawen..so kira nt adik amik kt epot directly ke rumah pak sedara..nk g belarok..actually aku ngn family pok sedara ni close..baik sgt..tp kerana 1 benda..aku rasa xleh nk move on..bukan nak cakap salah dia..salah family dia..no ! Aku xpernah salahkan mereka..but bila aku tgok ja kwsan..gmbar2 yg berkaitan dia automatically aku akn flash back kisah perit sedih aku tu..

Xda jodoh..yes ! Jwapan cliche kan..tp tu ja aku mampu cakap after 3 month bergelar tunangan org..hanya 3 bulan..lps tu kami break off..keputusan yg dibuat sebelah pihak dan dia tinggal kn aku terkontang kanting..aku yg tanggung everything..mana janji2 dia dulu..mana impian yg kita bina selama ini..Allah..

Berat sungguh dugaan ini..kifarah dosa aku yg lalu mungkin..sedih oo..nak rawat luka..aku sebenarnya xleh nk terima tp aku terpaksa kuat..pura2 tabah sbb xnak umi ayah risau..dan aku kna sedar..Allah kn sentiasa ada dengan orang2 yg sabar..sabar menerima ujian..sabar menghadapi dugaan..sabar menahan kemarahan..

Suatu hari nanti jika diizinkan Allah..aku nk jumpa..nak 10min ja..untuk dia jelaskan segalanya..jelaskan apa yg xjelas..jelaskan apa yg berlaku..jelaskan kenapa dia pilih jalan tu..tanpa berbincang..tanpa tanya..tanpa hiraukan perasaan aku..tanpa fikirkan masa depan aku..tanpa dia sedar hak aku sebagai tunang nya..KENAPA?..

Doakan aku terus kuat..dan harap xjumpa dia..family dia..dan apa2 berkaitan dia..flight nk gerak dah ni..tata

✍✍✍✍✍✍✍✍

"AIB"

Apa itu aib?

Aib ialah dosa dan keburukan yang ada dalam diri kita, ada dalam setiap manusia. Semua orang punya aib tapi tak semua aib kita dikongsi dengan orang ramai kan? Sebab hanya Allah yang mengetahui aib kita dan menyembunyikannya. Baiknya Allah kerana berapa banyak aib yang kita ada tapi Allah tetap Maha Penyayang, tetap buka pintu taubat.

Baik, ini kisahnya. Pada zaman nabi musa berlaku kemarau yang panjang. Nabi musa bersama 70 ribu umatnya melakukan solat istisqa' iaitu solat memohon agar Allah menurunkan hujan. Tapi hujan tetap tidak turun. Seperti yang kita ketahui nabi musa digelar dengan Kalimullah kerana boleh berbicara langsung dengan Allah.

Nabi musa berkata pada Allah. "Ya Rabb, Kau selalu memperkenankan doaku."

Lalu Allah menjawab, "Antara kalian itu terdapat seseorang yang bermaksiat selama 40 tahun dan tidak pernah bertaubat."

Sejurus itu bertanya nabi musa kepada umatnya. "Siapa antara kalian yang bermaksiat selama 40 tahun dan tak pernah bertaubat. Diminta meninggalkan tempat ini kerana hujan tidak turun kerana orang ini."

Orang tersebut berasa bersalah kerana menjadi sebab hujan tidak turun. Maka berbicara dihatinya jika dia bangun meninggalkan tempat itu maka terbukalah di depan khalayak akan aib dirinya yang tersorok selama 40 tahun. Lalu dia pun memohon agar Allah ampunkan dosanya dan menyesal di atas dosa dosanya itu.

Tak lama selepas itu hujan pun turun. Nabi musa kehairanan. Tak ada yang mengaku berbuat dosa 40 tahun dan tiada yang meninggalkan tempat ini tapi Allah turunkan hujan.

Lalu nabi musa bertanya kepada Allah, "Mengapa Kau turunkan hujan wahai Allah?"

Lalu Allah jawab kerana orang tersebut telah bertaubat.

Nabi musa bertanya lagi, bolehkah aku ingin tahu siapakah orangnya?

Allah jawab, "Selama 40 tahun Aku tidak pernah membuka AIBnya, adakah Aku akan membuka aibnya setelah dia bertaubat kepada Aku?"

Masha Allah. Masha Allah.. Allah sangat menjaga aib kita. Jadi marilah kita menjaga aib sendiri dan tidak membuka aib orang lain di sekitar kita. Kalau kita jaga aib orang inshaAllah Allah akan jaga aib kita.

Wallahualam.

Kisah ini diceritakan oleh Ustaz Iqbal bin Zain al Jauhari.

Apa yang kita dengar dapat kita amalkan, kita sampaikan dan kita ambil ikhtibar...☺️

��������������������

16 Mei 2016

Tarikh keramat bagi semua orang yang bergelar pendidik..hari ni hari kami..hari kami melepaskan segala keletihan..keresahan..dek saban hari bekerja..kami rancang..kami kutip duit..kami main..kami makan sama2..kami enjoy !..sebab hari ini hari kami..xda pdp ye..pdp luar kelas hr ni..heheh..bukan nak kata tugas guru itu membebankan tapi yg menyusahkan  adalah sistem yang ntah pape tu..kejap nak online..kejap nk offline..cuba back to normal..ikot org ramai..jgn dok ikot kepala org2 tertentu..dulu xdak pon kna mcm skrg..isi borang tu..elok ja ramai jd doktor+ engineer+ polis..so mungkin kna dok bincang..kita ubah kasi bia mesra pengguna..xpyh la nk laporan2 bagai..kadang2 tu masuk kelas sibuk nk key in mcm2..bagus bnda2 yg di suruh tp mungkin perlu ditambah sikit agar tidak membebankan cikgu2..hmmm 

Alhamdulillah..officially bergelar seorang guru..dan dah nak smpai setahun sudah berkhidmat dalam sistem pendidikan..

Untuk semua yg bergelar Pendidik..

UKIRLAH walaupun di atas BATU
CURAHLAH air walaupun di atas DAUN KELADI
TULISLAH walaupun di atas PASIR

KERASKAN pahatmu
BESARKAN baldimu
GENGGAMKAN penamu

MANALAH kita tahu
BATU menjadi TUGU
DAUN KELADI menjadi BALDU
PASIR menjadi INTAN

SABAR itu KEKAYAAN
IKHLAS itu KEJAYAAN

SELAMAT HARI GURU ������
Guru Pembina Negara Bangsa ��

**********************
Semua insan pasti menginginkan pasangan hidup dan sebuah keluarga yang bahagia. Itu fitrah manusia. Menyayangi dan disayangi. 

Sekarang umo dh 25..klo ikot planning skrg dh anak sorang..hingga ke hari ini, saat ni, sering tertanya- tanya siapakah jodoh ai. Di manakah dia berada?.. Semua kawan-kawan ai dah dirikan rumah tangga. Tapi ai masih sendiri. Masih melayan runningman sedangkan ketika umo sebegini sepatotnya ai dah bizi dgn nk kemas rumah, masak utk suami..

Macam mana kita nak tahu dia adalah jodoh kita. Risau bila dilepaskan, tapi dia sebenarnya jodoh kita. Usah risau. Allah telah menetapkan jodoh kita sejak azali lagi, sejak berusia 3 bulan dalam kandungan ibu. Jika dia jodoh kita, dia akan tetap bersama dengan kita walau apa pun rintangan dan dugaan yang datang.

Orang cakap jodoh itulah merupakan cinta pertama. Walaupun sebelum ni kau orang dah pernah bercinta 5,6 kali pun tapi tak kahwin jugak, itu bukan cinta pertama. Tetapi cinta yang tak kesampaian. Itu bermaksud dia bukan jodoh kau orang.

Ada juga orang kata jodoh itu bila kita serasi dengan dia. Tapi akhirnya bukan dengan dia jodoh kita. Janganlah kita sedih dan duka. Perancangan Allah lagi hebat. Dia akan berikan sesorang yang kita perlu bukannya sesorang yang kita mahu.

Putus cinta itu biasa. Lumrah pencintaan. Ia membuktikan kita bukannya sempurna untuk tahu siapakah jodoh kita sebenarnya. Kenali diri sendiri. Baiki kelemahan diri sendiri daripada masa ke semasa. Ai diuji dengan putus tunang..Allah tau kn ai mampu..sbb tulah dia asyik cari je..hmmm wlpun ai xkuat.ai rasa mcm 1 beban bila terima berita tu..Astagfirullahalazim..ai sepatutnya xboleh mcm ni..sebagai seorang yg mengamalkan apa yg diajar oleh Rasulullah, ai sepatutnya redha dengan ketentuan ini..yes ! Redha..susah nk buat tp indah jika diamalkan..1 kemanisan dlam hati ini.

Selalunya bila dia jodoh kita, kita akan rasa sejuk dan gembira memandangnya. Dia sentiasa nampak cantik/kacak di mata kita walaupun orang lain cakap dia tak cantik atau kacak.

Walau bagaimanapun dia, kita akan dapat menerima dia seadanya. Begitu juga dengan dia. Kita akan sentiasa senang, tenang dan gembira jika bersama dengannya. Kelebihannya disyukuri dan kekurangannya diredhai.
Jika kita diuji dengan sesuatu dalam perhubungan tersebut, kita tetap bisa bertahan dan bersabar. Gaduh sekejap je pastu baik. Setiap kali berlaku konflik,  dengan kuasa Allah, hubungan itu kembali bertaut dan semakin kuat rasa kasih dan sayang. Itu adalah salah satu tanda jodoh kau orang kuat bersama dia.

Jika keluarga merestui hubungan kita dan dia, itu juga merupakan salah satu tanda dia jodoh kita. Terutamanya apabila ibu dan ayah senang dan kasih dengan dia, In Sha Allah dia lah jodoh yang ditetapkan Allah buat kita.
Sesi ta'aruf itu juga penting untuk mengetahui dia jodoh kita atau tak. Tapi, kalau kau orang dah ada yang berkenan di hati, tak payah la nak berta'aruf dengan orang lain pulak.

Jika proses ta'aruf itu dipermudahkan Allah, In Sha Allah dia lah jodoh yang terbaik. Jika sebaliknya, bersabarlah. Mungkin belum masanya untuk Allah temukan kau orang dengan jodoh yang terbaik untuk kau orang.

Apapun, berdoalah dan beristikharahlah. Mohon petunjuk Allah. Sesungguhnya hanya Allah tahu siapa jodoh yang terbaik untuk kita.

Jika sudah mendapat petunjuk, teruskan langkah. Jika dia jodoh yang Allah tetapkan untuk kita, pasti Allah akan mempermudahkan segalanya. 

Apabila Allah menginginkan dua hati bertemu, Dia akan menggerakkan keduanya. Tidak hanya salah satu.
Tapi jangan cuba nak try jodoh orang lain pulak ye. Dah kau orang tahu dia dah berpunya, tak payah la nak cuba juga.

Jodoh ini kalau benar-benar kita sudah sedia ia akan berlaku sekejap sahaja. Contohnya berkenalan bulan satu, bertunang bulan lima dan kahwin bulan tujuh. Ataupun lebih pantas daripada itu. Kenal kejap terus akad nikah. 

InsyaAllah..itu pasti berlaku..
Suka ai nk kongsi kisah ai dengan korang..bukan niat nk bgga diri atau nk femes ke apa..tp ai nak bagi motivasi..mana tau kt luar sana yg ade kisah mcm ai..yg memerlukan semangat..here i'm..

"Assalamualaikum,awak sy dah sampai.."

Msg pertama yg ai terima..
Selepas dia dan kelurga dtg ziarah rumah..
itu kenangan ai dengan bekas tunang..yes! Kami berbeza namun kami dapat serasi..dia bukanlah seorang yg tggi ilmu agamanya..tetapi berkat keinginan dan kesungguhan dia ingin berubah..ai boleh terima..ai pon bukan perfect sgt..masih byk ilmu nk kena belajar..hubungan kami direstui keluarga..segalanya berjalan lancar..Allah permudahkan..istikharah dan istisyarah ai buat..Allah kasi jalan lagi..dimudahkan urusan kami..

Perkenalan pada 4 Ogos 2014 memberi satu perubahan dlm hidup ai..16 sept 2014 1 majlis pertunangan antara kami dibuat..simple dan berjalan lancar..family semua datang..sebelah umi,sebelah ayah..masing3 datang meraikan dan mendoakan majlis yg dibuat..namun, ku harap panas hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari..hubungan kami diuji..10 dis 2014..sakit.pedih.itu yg ai rasa..berita tu pon ai yg terima sendiri..dia ingin memutuskan pertunangan ini.Allah.Allah.Allah..lembik rasa lutut..xmampu ai nk berdiri lg..namun ai gagah kan jugak..sebab ai xnak umi ayah risau..ai senyum wlpun hati ai terluka..ai ketawa walaupun hati ai tersiksa..sebab ai tau Allah ada dengan ai..

Penghujung tahun yg sangat menguji ai..2015 ai cuba bangkit dan Alhamdulillah luka itu kian sembuh..namun parut itu ada...sampai sekarang ai xtau..SEBAB dia berubah hati..ai percaya Allah mengatur semua ini dengan cinta..pasti ada rahmatnya..

Pada kaum lelaki persiapan diri dengan ilmu pengetahuan, agama, pengurusan kewangan dan motivasi diri. Kawal marah dan tingkatkan kesabaran. Jika kita sudah sedia, tentunya Allah akan tunjukkan jodoh kita. 

Pada kaum wanita, tak perlulah bersedih jika jodoh belum sampai walaupun sudah berusia. Ada hikmah disebaliknya. Perancangan Allah Maha Hebat. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Senyumlah dan sabar menunggu jodoh. Berusaha dan berilah ruang dan peluang pada mereka mahu mengenali diri kau orang. Mana tahu jodoh kau orang sebenarnya ada depan mata.
***
Bila tibanya waktu, dua hati menjadi satu

x

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Perkenalan..Taaruf..
fasa pertama dalam sebuah perhubungan..baik persahabatan mahupun percintaaan..
 
“Cinta itu kan fitrah. Tak salah bercinta,” Kata si fulan 1.

“Islam tak larang lelaki dan wanita berhubung,” Si fulan 2 pula menyampuk.

Ya. Memang betul bahawa lelaki dan perempuan boleh berhubung. Dan patut saling mengenali jika ada hasrat untuk bernikah.

Malah Nabi Muhammad turut menyuruh kita supaya melihat terlebih dahulu bakal pasangan kita itu. Ada satu kes pada zaman Nabi Muhammad yang berlaku antara Habibah binti Sahl dengan Tsabit bin Qais.

Habibah tidak pernah melihat bakal suaminya sebelum berkahwin sampailah tiba malam pertama. Habibah sangat terkejut bila bertemu suaminya sehingga dia pergi berjumpa Nabi Muhammad.
“Wahai Rasulullah, kepala saya tidak dapat bertemu dengan kepala Tsabit buat selama-lamanya. Saya menyingkap ruang kamar, dan melihatnya bersiap-siap. Ternyata dia sangat hitam kulitnya, pendek tubuhnya, dan sangat buruk wajahnya....”
:: HR Al Bukhari dan An Nasa’i ::

Tetapi semua di atas ini bukanlah alasan untuk kita melanggar semua peraturan yang telah digariskan dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan. Mahu berkenalan itu adalah perlu, tetapi perlu mematuhi batas pergaulan.

Degup-degup Ta’aruf

“Saya bersembunyi di bawah pohon untuk melihatnya,” Kata Jabir bin Abdullah.

Ungkapan Jabir bin Abdullah ini membawakan perasaan tegang, lucu dan menunjukkan degup di dada kian terasa untuk berkenalan. Memang Nabi Muhammad menyuruh para sahabat untuk mengenali terlebih dahulu pasangan yang ingin dinikahi.

Tetapi para sahabat tidaklah mengambil peluang tersebut – mengenali dengan cara berdua-duaan, berbual-bual berjam-jam, bergelak tawa dan sebagainya. Kerana mereka sedar ada batasan dalam hubungan antara lelaki dan perempuan. Dan mereka faham jika itu yang agama pinta, mesti ada sebabnya.

Apa yang perlu diwaspadai adalah ketika degup-degup itu dihasut oleh syaitan. Lalu menjadi serong. Tersimpang jauh dan menyesatkan. Sampaikan perkara yang salah kita katakan betul. Inilah yang ingin dibincangkan dalam entri kali ini.

Simpan Itu, Untuk Yang Halal Bagimu

“Telah tertulis atas anak Adam akan nasibnya dari sudut zina akan bertemu dalam hidupnya, tidak bisa tidak. Maka kedua mata, zinanya adalah memandang. Kedua telinga zinanya adalah mendengar. Lisan, zinanya adalah berkata. Tangan zinanya adalah menyentuh. Kaki, zinanya adalah berjalan. Dan zinanya hati adalah ingin dan angan-angan. Maka akan dibenarkan hal ini oleh kemaluan, atau didustakannya.”

:: HR Muslim, dari Abu Hurairah ::

Hadis ini meminta kita berhati-hati terhadap setiap yang kita lakukan. Setiap daripada anggota badan kita ada masanya yang memacu kita ke arah zina. Kadang kita sendiri tidak sedar. Tetapi bila ada yang memberi teguran mengingatkan, maka terimalah.

Jangan pula kita cuba mengatakan perkara yang kita buat itu betul.

Bagi yang sudah berpasangan, katakan kepada pasangan anda, “Kalau yang kamu ingin beri itu adalah pesona tatkala saya masih belum layak menerimanya, maka saya harap itu bukan untuk saya. Ya, indera yang boleh memacu kita ke arah zina itu, saya harap bukan untuk saya selagi saya belum berkahwin dengan kamu.”

Setiap indera kita iaitu mata, telinga, lisan dan sentuhan boleh memacu kita ke arah zina. Ini yang perlu kita jaga sebaik mungkin selagi belum berkahwin.

Bantu Aku Menjaga Pandanganku

Pernah saya lihat dompet seorang kawan saya ada gambar seorang perempuan. Nampak macam tidak salah. Ah! Apa salahnya sekadar melihat gambar, bukannya bertemu melihat depan-depan.

Ya, tidak salah kalau kita ingin melihat terlebih dahulu wajah dan bentuk fizikal bakal pasangan kita itu. Tetapi kalau sampai disimpan dalam dompet, laptop dan ditampal di loker untuk ditatap hari-hari itu, mungkin akan mendatangkan masalah.

Itu bukan lagi niat untuk berkenalan tetapi sudah menjadi penyakit kepada hati. Kalau lama-lama sampai bertahun-tahun mungkin menimbulkan rasa jemu. Ah, sedangkan kalau seseorang itu pakai baju yang sama berhari-hari pun, sudah tentu kita jemu memandangnya.

“Oit, kau dah takde baju lain nak pakai ke?”

Ini baru soal melihat gambar berhari-hari, belum lagi bagi yang berjumpa mahu berhari-hari jugalah. Bak kata orang yang bercinta ini, sehari tidak jumpa bagaikan hati sudah mahu dirobek keluar. Makan pun tak lalu.

Ha. Kalau makan tak lalu, berpuasalah. Hehe. Lagi saya suka kalau saya yang makan tak lalu. Boleh kuruskan badan.

Mahu dikatakan sepandai-pandai kita pun, lagi pandai si syaitan tersebut. Orang kata lebih lama hidup maka lebih banyak pengalaman. Cuba kira sudah berapa lama kita hidup dan sudah berapa lama syaitan ini wujud di muka bumi.

Betapa pandainya syaitan ini sampai bila kita melihat si dia, mata kita terasa terpikat sampai badan tiba-tiba jadi cergas. Biasalah kalau sudah tergoda, ibaratnya macam disuntik dadah. Kemahuan meluap-luap. Kemudian timbul pula penyakit hati.

Jihad besar umat Islam: Melawan nafsu

Bantu Aku Menahan Kebisingan Syahwat

Wahai perempuan, tahukah anda bahawa imaginasi kaum lelaki ini begitu tinggi? Sampaikan kami ini boleh mengimpikan dan membayangkan dengan detail apa-apa sahaja dengan hanya mendengar suara.

Jika suara anda itu lembut, ia akan membuat dentingan frekuensi yang sangat halus sampai menyengat-nyengat jiwa. Kadang-kadang berbisik-bisik sampai menimbulkan rasa ghairah yang tinggi.

Saya bukannya menyuruh anda berteriak-teriak apabila bercakap dengan kaum lelaki. Memang sudah fitrah suara perempuan itu lembut. Jadi, janganlah dilembutkan lagi. Sampai merengek-rengek bercakap dalam telefon.

Ah! Anda jangan ingat kalau cakap dalam telefon, kami tidak boleh membayangkan sesuatu. Bukankah saya sudah katakan tadi imaginasi kami ini sangat tinggi sampai anda tidak dapat membayangkannya. Hehe. Kalau tidak mana mungkin terlalu banyak iklan klub-klub telefon dalam majalah Mastika.

Apa yang perlu dibuat apabila ingin bertemu dengan lelaki, tegaskan suara. Biar frekuensi itu tidak dapat menjentik sedikit pun hati-hati kami.

Dan kepada kaum lelaki, tahanlah nafsu itu. Nanti niat asal yang hendak berkenalan itu jadi lain pula. Terpikat dengan suara, bukannya terpikat dengan agama.

Bantu Aku Bernafas

Jangan pula dilupakan hidung. Ini pun satu lagi deria yang sangat sensitif.
“Wanita mana yang memakai haruman kemudian keluar dan berharap agar orang ramai dapat menghidu bau haruman tersebut, maka dia adalah penzina.”

:: HR Abu Dawud dan At Tirmizi ::

Sekali lagi ingin saya ingatkan, imaginasi lelaki ini sangat tinggi. Sekali dia membau haruman daripada badan, berkemungkinan dia membayangkan sesuatu yang tidak patut.

Kulitku Sangat Peka

Seorang naqib saya sewaktu di sekolah tersebut pernah mengibaratkan akan persentuhan kulit antara lelaki dan wanita bukan mahram itu seperti persentuhan kulit kita dengan kulit babi.

Jangan salahkannya, kalau tersentuh kulit babi masih boleh disucikan. Tetapi dengar pula hadis yang ini:
“Sungguh, jika kepala salah seorang daripada anda dicucuh dengan jarum besi yang menyala, itu masih lebih baik daripada anda menyentuh perempuan yang tiada halal bagimu.”

:: HR At Thabrani dan Al Bahaiqi ::

Masih lagi saya ingin ingatkan, kita ini kaum lelaki sangat kuat berimaginasi. Kalau dengan mendengar dan bau sahaja pun sudah menerbitkan khayalan-khayalan yang tidak patut, apatah lagi kalau dapat menyentuh si dia.

Ah! Anda mahu berkenalan atau mahu apa ini?

Kawal Kata-kata

Orang kata bila mahu berkenalan perlulah memaniskan kata-kata. Ya, betul. Tetapi memaniskan kata-kata bukan bermaksud sengaja membunga-bungakan kata-kata.

Cukuplah mengeluarkan ayat-ayat yang sopan. Jangan sampai keterlaluan sampai bahasa berbunga-bunga. Kalau mahu menulis sajak, bolehlah.

“Saudari, minggu depan rasanya kita perlu buat meeting untuk program ini.”

“Saudari, rasanya sudah tidak tertahan hati ini untuk berjumpa. Moga silaturrahim yang dibina akan memantapkan gerakan program ini.”

Bezakan dua ayat di atas. Kalau rasa pernah dengan sengaja mengeluarkan kata-kata dengan harapan dapat menyentuh hati si dia, maka cubalah berhenti sekarang. Bukankah anda kata sekadar mahu berkenalan. Apabila sudah berkahwin nanti, buatlah ayat yang macam mana sekalipun.

Jaga Jarak

“Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang perempuan yang bukan mahramnya. Dan janganlah seorang wanita keluar dengan seorang lelaki kecuali ditemani mahramnya.”
:: HR Al Bukhari dan Muslim ::

Kalau tidak bertemu atau berjumpa, orang kata tidak sah sebagai syarat untuk berkenalan. Tetapi ada syaratnya juga.

Kalau mahu berkenalan dengan si dia, jadilah lelaki yang berani terus berjumpa dengan ibu dan bapanya. Bukannya sekadar berjumpa di taman, di cafe atau di library.

Dan kalau ada hal yang betul-betul penting, seperti meeting atau mahu buat kumpulan belajar bersama, pastikan perkara itu betul-betul perlu. Atau betul-betul terdesak. Jangan jadikan alasan dengan mengatakan sekadar mahu belajar. Eh, rakan sekuliah yang sama jantina bukankah ramai?

Berkenalan Sebelum Berkahwin

Saya cuba meringkaskan apa yang saya tulis di atas. Menurut Syeikh Muhammad al-Munajjid, beliau menggariskan beberapa perkara dalam pergaulan lelaki dan perempuan:

1. Elakkan dari berkata-kata perkara yang di luar topik.

2. Tidak membuat lawak atau melembutkan suara.

3. Tidak bertanya mengenai perkara peribadi (personal).

4. Berhenti bercakap jika berlaku keinginan didalam hati.

Dan adat Melayu janganlah diabaikan. Bukankah adat Melayu itu juga banyak terselit unsur Islam. Ingat lagi adat merisik?

Orang waktu dulu bila menyukai seseorang, dia akan meminta orang lain merisikkan untuknya. Bukannya dia yang dengan muka tidak tahu malu merisik sendiri.

Janganlah kata adat merisik kita ini kolot. Tidak kena dengan peredaran zaman. Dan kemudian mengguna pakai adat Barat yang kononnya dikatakan moden. Tetapi adat mereka itulah yang merosakkan institusi kekeluargaan di sana.

Masihkah anda mahu kata adat kita ini kolot?
Dahulukan Islam, manis pasti dapat disulam.

aku menanti saat lafaz sakinah itu

Pertemuan awak dan saya masih menjadi rahsia..entah bila? mengapa? di mana?
soalan yang masih tiada jawapannya..
namun..saya percaya dengan susunan ALLAH yang Maha Esa..
kalau bukan bertemu di dunia..di syurga kita pasti bersama..
sungguh, aku mencintai mu kerana agama mu yang tinggi pada tuhan Pencipta..

Sunday, May 29, 2016

#CINTA : persoalan yang masih tiada jawapan..

Posted by Nadira Aisya at 7:48 AM 0 comments

Saturday, May 28, 2016

#muhasabah 002 :AIB..Hanya Allah Yang Tahu Segalanya

Posted by Nadira Aisya at 5:42 PM 0 comments

✍✍✍✍✍✍✍✍

"AIB"

Apa itu aib?

Aib ialah dosa dan keburukan yang ada dalam diri kita, ada dalam setiap manusia. Semua orang punya aib tapi tak semua aib kita dikongsi dengan orang ramai kan? Sebab hanya Allah yang mengetahui aib kita dan menyembunyikannya. Baiknya Allah kerana berapa banyak aib yang kita ada tapi Allah tetap Maha Penyayang, tetap buka pintu taubat.

Baik, ini kisahnya. Pada zaman nabi musa berlaku kemarau yang panjang. Nabi musa bersama 70 ribu umatnya melakukan solat istisqa' iaitu solat memohon agar Allah menurunkan hujan. Tapi hujan tetap tidak turun. Seperti yang kita ketahui nabi musa digelar dengan Kalimullah kerana boleh berbicara langsung dengan Allah.

Nabi musa berkata pada Allah. "Ya Rabb, Kau selalu memperkenankan doaku."

Lalu Allah menjawab, "Antara kalian itu terdapat seseorang yang bermaksiat selama 40 tahun dan tidak pernah bertaubat."

Sejurus itu bertanya nabi musa kepada umatnya. "Siapa antara kalian yang bermaksiat selama 40 tahun dan tak pernah bertaubat. Diminta meninggalkan tempat ini kerana hujan tidak turun kerana orang ini."

Orang tersebut berasa bersalah kerana menjadi sebab hujan tidak turun. Maka berbicara dihatinya jika dia bangun meninggalkan tempat itu maka terbukalah di depan khalayak akan aib dirinya yang tersorok selama 40 tahun. Lalu dia pun memohon agar Allah ampunkan dosanya dan menyesal di atas dosa dosanya itu.

Tak lama selepas itu hujan pun turun. Nabi musa kehairanan. Tak ada yang mengaku berbuat dosa 40 tahun dan tiada yang meninggalkan tempat ini tapi Allah turunkan hujan.

Lalu nabi musa bertanya kepada Allah, "Mengapa Kau turunkan hujan wahai Allah?"

Lalu Allah jawab kerana orang tersebut telah bertaubat.

Nabi musa bertanya lagi, bolehkah aku ingin tahu siapakah orangnya?

Allah jawab, "Selama 40 tahun Aku tidak pernah membuka AIBnya, adakah Aku akan membuka aibnya setelah dia bertaubat kepada Aku?"

Masha Allah. Masha Allah.. Allah sangat menjaga aib kita. Jadi marilah kita menjaga aib sendiri dan tidak membuka aib orang lain di sekitar kita. Kalau kita jaga aib orang inshaAllah Allah akan jaga aib kita.

Wallahualam.

Kisah ini diceritakan oleh Ustaz Iqbal bin Zain al Jauhari.

Apa yang kita dengar dapat kita amalkan, kita sampaikan dan kita ambil ikhtibar...☺️

��������������������

Monday, May 16, 2016

Selamat hari guru =)

Posted by Nadira Aisya at 1:35 PM 0 comments

16 Mei 2016

Tarikh keramat bagi semua orang yang bergelar pendidik..hari ni hari kami..hari kami melepaskan segala keletihan..keresahan..dek saban hari bekerja..kami rancang..kami kutip duit..kami main..kami makan sama2..kami enjoy !..sebab hari ini hari kami..xda pdp ye..pdp luar kelas hr ni..heheh..bukan nak kata tugas guru itu membebankan tapi yg menyusahkan  adalah sistem yang ntah pape tu..kejap nak online..kejap nk offline..cuba back to normal..ikot org ramai..jgn dok ikot kepala org2 tertentu..dulu xdak pon kna mcm skrg..isi borang tu..elok ja ramai jd doktor+ engineer+ polis..so mungkin kna dok bincang..kita ubah kasi bia mesra pengguna..xpyh la nk laporan2 bagai..kadang2 tu masuk kelas sibuk nk key in mcm2..bagus bnda2 yg di suruh tp mungkin perlu ditambah sikit agar tidak membebankan cikgu2..hmmm 

Alhamdulillah..officially bergelar seorang guru..dan dah nak smpai setahun sudah berkhidmat dalam sistem pendidikan..

Untuk semua yg bergelar Pendidik..

UKIRLAH walaupun di atas BATU
CURAHLAH air walaupun di atas DAUN KELADI
TULISLAH walaupun di atas PASIR

KERASKAN pahatmu
BESARKAN baldimu
GENGGAMKAN penamu

MANALAH kita tahu
BATU menjadi TUGU
DAUN KELADI menjadi BALDU
PASIR menjadi INTAN

SABAR itu KEKAYAAN
IKHLAS itu KEJAYAAN

SELAMAT HARI GURU ������
Guru Pembina Negara Bangsa ��

Sunday, May 15, 2016

#CINTA : Siapakah Jodoh Kita?

Posted by Nadira Aisya at 1:33 AM 0 comments

**********************
Semua insan pasti menginginkan pasangan hidup dan sebuah keluarga yang bahagia. Itu fitrah manusia. Menyayangi dan disayangi. 

Sekarang umo dh 25..klo ikot planning skrg dh anak sorang..hingga ke hari ini, saat ni, sering tertanya- tanya siapakah jodoh ai. Di manakah dia berada?.. Semua kawan-kawan ai dah dirikan rumah tangga. Tapi ai masih sendiri. Masih melayan runningman sedangkan ketika umo sebegini sepatotnya ai dah bizi dgn nk kemas rumah, masak utk suami..

Macam mana kita nak tahu dia adalah jodoh kita. Risau bila dilepaskan, tapi dia sebenarnya jodoh kita. Usah risau. Allah telah menetapkan jodoh kita sejak azali lagi, sejak berusia 3 bulan dalam kandungan ibu. Jika dia jodoh kita, dia akan tetap bersama dengan kita walau apa pun rintangan dan dugaan yang datang.

Orang cakap jodoh itulah merupakan cinta pertama. Walaupun sebelum ni kau orang dah pernah bercinta 5,6 kali pun tapi tak kahwin jugak, itu bukan cinta pertama. Tetapi cinta yang tak kesampaian. Itu bermaksud dia bukan jodoh kau orang.

Ada juga orang kata jodoh itu bila kita serasi dengan dia. Tapi akhirnya bukan dengan dia jodoh kita. Janganlah kita sedih dan duka. Perancangan Allah lagi hebat. Dia akan berikan sesorang yang kita perlu bukannya sesorang yang kita mahu.

Putus cinta itu biasa. Lumrah pencintaan. Ia membuktikan kita bukannya sempurna untuk tahu siapakah jodoh kita sebenarnya. Kenali diri sendiri. Baiki kelemahan diri sendiri daripada masa ke semasa. Ai diuji dengan putus tunang..Allah tau kn ai mampu..sbb tulah dia asyik cari je..hmmm wlpun ai xkuat.ai rasa mcm 1 beban bila terima berita tu..Astagfirullahalazim..ai sepatutnya xboleh mcm ni..sebagai seorang yg mengamalkan apa yg diajar oleh Rasulullah, ai sepatutnya redha dengan ketentuan ini..yes ! Redha..susah nk buat tp indah jika diamalkan..1 kemanisan dlam hati ini.

Selalunya bila dia jodoh kita, kita akan rasa sejuk dan gembira memandangnya. Dia sentiasa nampak cantik/kacak di mata kita walaupun orang lain cakap dia tak cantik atau kacak.

Walau bagaimanapun dia, kita akan dapat menerima dia seadanya. Begitu juga dengan dia. Kita akan sentiasa senang, tenang dan gembira jika bersama dengannya. Kelebihannya disyukuri dan kekurangannya diredhai.
Jika kita diuji dengan sesuatu dalam perhubungan tersebut, kita tetap bisa bertahan dan bersabar. Gaduh sekejap je pastu baik. Setiap kali berlaku konflik,  dengan kuasa Allah, hubungan itu kembali bertaut dan semakin kuat rasa kasih dan sayang. Itu adalah salah satu tanda jodoh kau orang kuat bersama dia.

Jika keluarga merestui hubungan kita dan dia, itu juga merupakan salah satu tanda dia jodoh kita. Terutamanya apabila ibu dan ayah senang dan kasih dengan dia, In Sha Allah dia lah jodoh yang ditetapkan Allah buat kita.
Sesi ta'aruf itu juga penting untuk mengetahui dia jodoh kita atau tak. Tapi, kalau kau orang dah ada yang berkenan di hati, tak payah la nak berta'aruf dengan orang lain pulak.

Jika proses ta'aruf itu dipermudahkan Allah, In Sha Allah dia lah jodoh yang terbaik. Jika sebaliknya, bersabarlah. Mungkin belum masanya untuk Allah temukan kau orang dengan jodoh yang terbaik untuk kau orang.

Apapun, berdoalah dan beristikharahlah. Mohon petunjuk Allah. Sesungguhnya hanya Allah tahu siapa jodoh yang terbaik untuk kita.

Jika sudah mendapat petunjuk, teruskan langkah. Jika dia jodoh yang Allah tetapkan untuk kita, pasti Allah akan mempermudahkan segalanya. 

Apabila Allah menginginkan dua hati bertemu, Dia akan menggerakkan keduanya. Tidak hanya salah satu.
Tapi jangan cuba nak try jodoh orang lain pulak ye. Dah kau orang tahu dia dah berpunya, tak payah la nak cuba juga.

Jodoh ini kalau benar-benar kita sudah sedia ia akan berlaku sekejap sahaja. Contohnya berkenalan bulan satu, bertunang bulan lima dan kahwin bulan tujuh. Ataupun lebih pantas daripada itu. Kenal kejap terus akad nikah. 

InsyaAllah..itu pasti berlaku..
Suka ai nk kongsi kisah ai dengan korang..bukan niat nk bgga diri atau nk femes ke apa..tp ai nak bagi motivasi..mana tau kt luar sana yg ade kisah mcm ai..yg memerlukan semangat..here i'm..

"Assalamualaikum,awak sy dah sampai.."

Msg pertama yg ai terima..
Selepas dia dan kelurga dtg ziarah rumah..
itu kenangan ai dengan bekas tunang..yes! Kami berbeza namun kami dapat serasi..dia bukanlah seorang yg tggi ilmu agamanya..tetapi berkat keinginan dan kesungguhan dia ingin berubah..ai boleh terima..ai pon bukan perfect sgt..masih byk ilmu nk kena belajar..hubungan kami direstui keluarga..segalanya berjalan lancar..Allah permudahkan..istikharah dan istisyarah ai buat..Allah kasi jalan lagi..dimudahkan urusan kami..

Perkenalan pada 4 Ogos 2014 memberi satu perubahan dlm hidup ai..16 sept 2014 1 majlis pertunangan antara kami dibuat..simple dan berjalan lancar..family semua datang..sebelah umi,sebelah ayah..masing3 datang meraikan dan mendoakan majlis yg dibuat..namun, ku harap panas hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari..hubungan kami diuji..10 dis 2014..sakit.pedih.itu yg ai rasa..berita tu pon ai yg terima sendiri..dia ingin memutuskan pertunangan ini.Allah.Allah.Allah..lembik rasa lutut..xmampu ai nk berdiri lg..namun ai gagah kan jugak..sebab ai xnak umi ayah risau..ai senyum wlpun hati ai terluka..ai ketawa walaupun hati ai tersiksa..sebab ai tau Allah ada dengan ai..

Penghujung tahun yg sangat menguji ai..2015 ai cuba bangkit dan Alhamdulillah luka itu kian sembuh..namun parut itu ada...sampai sekarang ai xtau..SEBAB dia berubah hati..ai percaya Allah mengatur semua ini dengan cinta..pasti ada rahmatnya..

Pada kaum lelaki persiapan diri dengan ilmu pengetahuan, agama, pengurusan kewangan dan motivasi diri. Kawal marah dan tingkatkan kesabaran. Jika kita sudah sedia, tentunya Allah akan tunjukkan jodoh kita. 

Pada kaum wanita, tak perlulah bersedih jika jodoh belum sampai walaupun sudah berusia. Ada hikmah disebaliknya. Perancangan Allah Maha Hebat. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Senyumlah dan sabar menunggu jodoh. Berusaha dan berilah ruang dan peluang pada mereka mahu mengenali diri kau orang. Mana tahu jodoh kau orang sebenarnya ada depan mata.
***
Bila tibanya waktu, dua hati menjadi satu

x

Friday, May 13, 2016

#CINTA :Adat Berkenalan Sebelum Pernikahan

Posted by Nadira Aisya at 10:43 AM 0 comments

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Perkenalan..Taaruf..
fasa pertama dalam sebuah perhubungan..baik persahabatan mahupun percintaaan..
 
“Cinta itu kan fitrah. Tak salah bercinta,” Kata si fulan 1.

“Islam tak larang lelaki dan wanita berhubung,” Si fulan 2 pula menyampuk.

Ya. Memang betul bahawa lelaki dan perempuan boleh berhubung. Dan patut saling mengenali jika ada hasrat untuk bernikah.

Malah Nabi Muhammad turut menyuruh kita supaya melihat terlebih dahulu bakal pasangan kita itu. Ada satu kes pada zaman Nabi Muhammad yang berlaku antara Habibah binti Sahl dengan Tsabit bin Qais.

Habibah tidak pernah melihat bakal suaminya sebelum berkahwin sampailah tiba malam pertama. Habibah sangat terkejut bila bertemu suaminya sehingga dia pergi berjumpa Nabi Muhammad.
“Wahai Rasulullah, kepala saya tidak dapat bertemu dengan kepala Tsabit buat selama-lamanya. Saya menyingkap ruang kamar, dan melihatnya bersiap-siap. Ternyata dia sangat hitam kulitnya, pendek tubuhnya, dan sangat buruk wajahnya....”
:: HR Al Bukhari dan An Nasa’i ::

Tetapi semua di atas ini bukanlah alasan untuk kita melanggar semua peraturan yang telah digariskan dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan. Mahu berkenalan itu adalah perlu, tetapi perlu mematuhi batas pergaulan.

Degup-degup Ta’aruf

“Saya bersembunyi di bawah pohon untuk melihatnya,” Kata Jabir bin Abdullah.

Ungkapan Jabir bin Abdullah ini membawakan perasaan tegang, lucu dan menunjukkan degup di dada kian terasa untuk berkenalan. Memang Nabi Muhammad menyuruh para sahabat untuk mengenali terlebih dahulu pasangan yang ingin dinikahi.

Tetapi para sahabat tidaklah mengambil peluang tersebut – mengenali dengan cara berdua-duaan, berbual-bual berjam-jam, bergelak tawa dan sebagainya. Kerana mereka sedar ada batasan dalam hubungan antara lelaki dan perempuan. Dan mereka faham jika itu yang agama pinta, mesti ada sebabnya.

Apa yang perlu diwaspadai adalah ketika degup-degup itu dihasut oleh syaitan. Lalu menjadi serong. Tersimpang jauh dan menyesatkan. Sampaikan perkara yang salah kita katakan betul. Inilah yang ingin dibincangkan dalam entri kali ini.

Simpan Itu, Untuk Yang Halal Bagimu

“Telah tertulis atas anak Adam akan nasibnya dari sudut zina akan bertemu dalam hidupnya, tidak bisa tidak. Maka kedua mata, zinanya adalah memandang. Kedua telinga zinanya adalah mendengar. Lisan, zinanya adalah berkata. Tangan zinanya adalah menyentuh. Kaki, zinanya adalah berjalan. Dan zinanya hati adalah ingin dan angan-angan. Maka akan dibenarkan hal ini oleh kemaluan, atau didustakannya.”

:: HR Muslim, dari Abu Hurairah ::

Hadis ini meminta kita berhati-hati terhadap setiap yang kita lakukan. Setiap daripada anggota badan kita ada masanya yang memacu kita ke arah zina. Kadang kita sendiri tidak sedar. Tetapi bila ada yang memberi teguran mengingatkan, maka terimalah.

Jangan pula kita cuba mengatakan perkara yang kita buat itu betul.

Bagi yang sudah berpasangan, katakan kepada pasangan anda, “Kalau yang kamu ingin beri itu adalah pesona tatkala saya masih belum layak menerimanya, maka saya harap itu bukan untuk saya. Ya, indera yang boleh memacu kita ke arah zina itu, saya harap bukan untuk saya selagi saya belum berkahwin dengan kamu.”

Setiap indera kita iaitu mata, telinga, lisan dan sentuhan boleh memacu kita ke arah zina. Ini yang perlu kita jaga sebaik mungkin selagi belum berkahwin.

Bantu Aku Menjaga Pandanganku

Pernah saya lihat dompet seorang kawan saya ada gambar seorang perempuan. Nampak macam tidak salah. Ah! Apa salahnya sekadar melihat gambar, bukannya bertemu melihat depan-depan.

Ya, tidak salah kalau kita ingin melihat terlebih dahulu wajah dan bentuk fizikal bakal pasangan kita itu. Tetapi kalau sampai disimpan dalam dompet, laptop dan ditampal di loker untuk ditatap hari-hari itu, mungkin akan mendatangkan masalah.

Itu bukan lagi niat untuk berkenalan tetapi sudah menjadi penyakit kepada hati. Kalau lama-lama sampai bertahun-tahun mungkin menimbulkan rasa jemu. Ah, sedangkan kalau seseorang itu pakai baju yang sama berhari-hari pun, sudah tentu kita jemu memandangnya.

“Oit, kau dah takde baju lain nak pakai ke?”

Ini baru soal melihat gambar berhari-hari, belum lagi bagi yang berjumpa mahu berhari-hari jugalah. Bak kata orang yang bercinta ini, sehari tidak jumpa bagaikan hati sudah mahu dirobek keluar. Makan pun tak lalu.

Ha. Kalau makan tak lalu, berpuasalah. Hehe. Lagi saya suka kalau saya yang makan tak lalu. Boleh kuruskan badan.

Mahu dikatakan sepandai-pandai kita pun, lagi pandai si syaitan tersebut. Orang kata lebih lama hidup maka lebih banyak pengalaman. Cuba kira sudah berapa lama kita hidup dan sudah berapa lama syaitan ini wujud di muka bumi.

Betapa pandainya syaitan ini sampai bila kita melihat si dia, mata kita terasa terpikat sampai badan tiba-tiba jadi cergas. Biasalah kalau sudah tergoda, ibaratnya macam disuntik dadah. Kemahuan meluap-luap. Kemudian timbul pula penyakit hati.

Jihad besar umat Islam: Melawan nafsu

Bantu Aku Menahan Kebisingan Syahwat

Wahai perempuan, tahukah anda bahawa imaginasi kaum lelaki ini begitu tinggi? Sampaikan kami ini boleh mengimpikan dan membayangkan dengan detail apa-apa sahaja dengan hanya mendengar suara.

Jika suara anda itu lembut, ia akan membuat dentingan frekuensi yang sangat halus sampai menyengat-nyengat jiwa. Kadang-kadang berbisik-bisik sampai menimbulkan rasa ghairah yang tinggi.

Saya bukannya menyuruh anda berteriak-teriak apabila bercakap dengan kaum lelaki. Memang sudah fitrah suara perempuan itu lembut. Jadi, janganlah dilembutkan lagi. Sampai merengek-rengek bercakap dalam telefon.

Ah! Anda jangan ingat kalau cakap dalam telefon, kami tidak boleh membayangkan sesuatu. Bukankah saya sudah katakan tadi imaginasi kami ini sangat tinggi sampai anda tidak dapat membayangkannya. Hehe. Kalau tidak mana mungkin terlalu banyak iklan klub-klub telefon dalam majalah Mastika.

Apa yang perlu dibuat apabila ingin bertemu dengan lelaki, tegaskan suara. Biar frekuensi itu tidak dapat menjentik sedikit pun hati-hati kami.

Dan kepada kaum lelaki, tahanlah nafsu itu. Nanti niat asal yang hendak berkenalan itu jadi lain pula. Terpikat dengan suara, bukannya terpikat dengan agama.

Bantu Aku Bernafas

Jangan pula dilupakan hidung. Ini pun satu lagi deria yang sangat sensitif.
“Wanita mana yang memakai haruman kemudian keluar dan berharap agar orang ramai dapat menghidu bau haruman tersebut, maka dia adalah penzina.”

:: HR Abu Dawud dan At Tirmizi ::

Sekali lagi ingin saya ingatkan, imaginasi lelaki ini sangat tinggi. Sekali dia membau haruman daripada badan, berkemungkinan dia membayangkan sesuatu yang tidak patut.

Kulitku Sangat Peka

Seorang naqib saya sewaktu di sekolah tersebut pernah mengibaratkan akan persentuhan kulit antara lelaki dan wanita bukan mahram itu seperti persentuhan kulit kita dengan kulit babi.

Jangan salahkannya, kalau tersentuh kulit babi masih boleh disucikan. Tetapi dengar pula hadis yang ini:
“Sungguh, jika kepala salah seorang daripada anda dicucuh dengan jarum besi yang menyala, itu masih lebih baik daripada anda menyentuh perempuan yang tiada halal bagimu.”

:: HR At Thabrani dan Al Bahaiqi ::

Masih lagi saya ingin ingatkan, kita ini kaum lelaki sangat kuat berimaginasi. Kalau dengan mendengar dan bau sahaja pun sudah menerbitkan khayalan-khayalan yang tidak patut, apatah lagi kalau dapat menyentuh si dia.

Ah! Anda mahu berkenalan atau mahu apa ini?

Kawal Kata-kata

Orang kata bila mahu berkenalan perlulah memaniskan kata-kata. Ya, betul. Tetapi memaniskan kata-kata bukan bermaksud sengaja membunga-bungakan kata-kata.

Cukuplah mengeluarkan ayat-ayat yang sopan. Jangan sampai keterlaluan sampai bahasa berbunga-bunga. Kalau mahu menulis sajak, bolehlah.

“Saudari, minggu depan rasanya kita perlu buat meeting untuk program ini.”

“Saudari, rasanya sudah tidak tertahan hati ini untuk berjumpa. Moga silaturrahim yang dibina akan memantapkan gerakan program ini.”

Bezakan dua ayat di atas. Kalau rasa pernah dengan sengaja mengeluarkan kata-kata dengan harapan dapat menyentuh hati si dia, maka cubalah berhenti sekarang. Bukankah anda kata sekadar mahu berkenalan. Apabila sudah berkahwin nanti, buatlah ayat yang macam mana sekalipun.

Jaga Jarak

“Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang perempuan yang bukan mahramnya. Dan janganlah seorang wanita keluar dengan seorang lelaki kecuali ditemani mahramnya.”
:: HR Al Bukhari dan Muslim ::

Kalau tidak bertemu atau berjumpa, orang kata tidak sah sebagai syarat untuk berkenalan. Tetapi ada syaratnya juga.

Kalau mahu berkenalan dengan si dia, jadilah lelaki yang berani terus berjumpa dengan ibu dan bapanya. Bukannya sekadar berjumpa di taman, di cafe atau di library.

Dan kalau ada hal yang betul-betul penting, seperti meeting atau mahu buat kumpulan belajar bersama, pastikan perkara itu betul-betul perlu. Atau betul-betul terdesak. Jangan jadikan alasan dengan mengatakan sekadar mahu belajar. Eh, rakan sekuliah yang sama jantina bukankah ramai?

Berkenalan Sebelum Berkahwin

Saya cuba meringkaskan apa yang saya tulis di atas. Menurut Syeikh Muhammad al-Munajjid, beliau menggariskan beberapa perkara dalam pergaulan lelaki dan perempuan:

1. Elakkan dari berkata-kata perkara yang di luar topik.

2. Tidak membuat lawak atau melembutkan suara.

3. Tidak bertanya mengenai perkara peribadi (personal).

4. Berhenti bercakap jika berlaku keinginan didalam hati.

Dan adat Melayu janganlah diabaikan. Bukankah adat Melayu itu juga banyak terselit unsur Islam. Ingat lagi adat merisik?

Orang waktu dulu bila menyukai seseorang, dia akan meminta orang lain merisikkan untuknya. Bukannya dia yang dengan muka tidak tahu malu merisik sendiri.

Janganlah kata adat merisik kita ini kolot. Tidak kena dengan peredaran zaman. Dan kemudian mengguna pakai adat Barat yang kononnya dikatakan moden. Tetapi adat mereka itulah yang merosakkan institusi kekeluargaan di sana.

Masihkah anda mahu kata adat kita ini kolot?
Dahulukan Islam, manis pasti dapat disulam.

aku menanti saat lafaz sakinah itu

Pertemuan awak dan saya masih menjadi rahsia..entah bila? mengapa? di mana?
soalan yang masih tiada jawapannya..
namun..saya percaya dengan susunan ALLAH yang Maha Esa..
kalau bukan bertemu di dunia..di syurga kita pasti bersama..
sungguh, aku mencintai mu kerana agama mu yang tinggi pada tuhan Pencipta..

About Me

My Photo
Nadira Aisya
aku insan biasa,yang menyanjung setiap hikmah kalimah se0rang daie..Lantaran itu ku kan terus berdiri mendukung risalah ini..
View my complete profile
Powered by Blogger.

Followers

j0m gege

ShoutMix chat widget

d0a se0rang kekasih

About this blog