Bismillah..
Tiada yang kurang dari ciptaan Allah yang Maha Berkuasa. Tinggal lagi manusia yang tidak pernah merasa cukup dengan segala kurniaannya. Selagi belum menutup mata, selama itulah nafsu sentiasa meniupkan keinginan untuk meraih perhatian manusia.

Astagfirullah...Astagfirullah..Astagfirullah..

Sudah jauh aku dari Mu...

Betapa dunia hari ini. Seorang anak kecil juga sudah tahu menilai kecantikan rupa. Baginya putih itu cantik pada pandangan mata. Kesempurnaan yang dilihat kadang2 menutup segala kekurangan atau keutamaan yang perlu dititik beratkan. Fikiran yang dicorak oleh penilaian manusia dewasa kaum wanita terutamanya. Semakin putih,kurus,dan perfecto!  semakin banyak mata yang menoleh.

Sememangnya wanita sangat teruji dengan warna kulit, bntuk tubuh badan, rupa paras kurniaan Ilahi. Hanya mereka yang bersyukur sahaja mampu menerima dengan senang hati. Justeru, hati dan minda perlu sentiasa disuburkan dengan sifat redha terhadap apa-apa yang dimiliki hari ini. Gembira terpancar indah menyerikan seri rupa, tanda seseorang itu mensyukuri segala nikmat yang diterimanya. Kesyukuran yang akan lebih melorongkannya untuk terus beribadah, mengabdikan diri sebagai hamba yang Esa.

Akhirnya, bersyukurlah dengan kesyukuran yang bukan sekadar terlafaz oleh lisan, tetapi hidupkan syukur dengan meningkatkan rasa yakin, prasangka baik dan rasa terima kasih yang tidak berpenghujung kepada Allah. Sedarilah, sesungguhnya DIA telah, sedang dan selalu memberi lebih banyak dari apa yang telah dan mampu kita berikan kepada Nya.
Mencari dan terus mencari tanpa henti keredhaan ILLAHI...

0 comments:

Post a Comment

Friday, June 21, 2013

..ALHAMDULILLAH..atas segalanya

Posted by Nadira Aisya at 12:19 PM

0 comments on "..ALHAMDULILLAH..atas segalanya"

Post a Comment

About Me

My Photo
Nadira Aisya
aku insan biasa,yang menyanjung setiap hikmah kalimah se0rang daie..Lantaran itu ku kan terus berdiri mendukung risalah ini..
View my complete profile
Powered by Blogger.

Followers

j0m gege

ShoutMix chat widget

d0a se0rang kekasih

About this blog