Tanda pada diri apabila bertemu malam al qadar

Penulisan yang indah.
Bacalah sampai habis.
Moga kita terpilih untuk bertemu dengan malam Al-Qadar.

====

*Malam Al Qadar*
Sayangnya, kita lebih terfokus melihat tanda2 mendapat Al Qadar pada alam, pada pokok, air dan lain2 yg berada di luar diri.

Sedangkan tanda mendapat Al Qadar itu ada pada diri sendiri.

Bukankah mereka yg bertemu dgn malam Al Qadar amat bertuah kerana doa, taubat dan hajatnya “diangkat” oleh para Malaikat lalu dimakbulkan ALLAH?

Jadi, jika seseorang mendapat Al Qadar tentu jiwanya lebih tenang, akhlaknya menjadi lebih baik dan ibadahnya (sama ada habluminallah dan habluminannas) bertambah lebat dan hebat.

Malam Al Qadar ialah malam yg paling sibuk laluan ke langit dunia (umpama trafik jam) kerana turunnya pelbagai Malaikat yg tidak kira banyaknya. Meriah sungguh sampai terbit fajar.

Malaikat turun secara luar biasa banyaknya itu termasuklah yg paling tinggi pangkatnya di kalangan mereka – Malaikat Jibrail.

Masing2 ada tugasnya. Pelbagai urusan dilaksanakan oleh mereka.

Salah satu urusan ialah “bertamu dlm hati” orang Islam yg bersih hatinya. Sekali bertamu tetapi kesannya berpanjangan. Impaknya, hati orang yg pernah menjadi tempat singgah Malaikat akan berubah.

Bisikan para Malaikat mula mengambil tempat yg khusus dan menjadi begitu dominan dlm kehidupan seseorang itu.

Mulai detik itu bisikan kebaikan (dari Malaikat) akan mengatasi bisikan kejahatan (dari syaitan) dlm hati orang tersebut.

Ya, hidup ini sebenarnya kita lalui antara dua bisikan. Pertama, bisikan “hati kecil” yg suci dan baik. Kedua, bisikan “hati besar” yg kotor dan jahat.

Bisikan ini sentiasa berperang dlm hati. Justeru, hati hakikatnya adalah wadah rebutan antara Malaikat dan syaitan. Antara ilham dan waswas.

Siapa yg menang, dialah yg akan menakluki hati dan terarahlah hati itu ke arah yg dikehendaki oleh “penakluknya”.

Firman ALLAH: “Dan beruntunglah orang yg membersihkan dan merugilah orang yg mengotorinya.” (Surah al-Syams 91: 9-10)

Orang yg mendapat malam Al Qadar sungguh bertuah. Hasil mujahadah, doa, taubatnya pada malam berkenaan, Malaikat terus bertamu dan mendominasi hatinya.

Sejak malam itu suara hati kecilnya akan sentiasa mengatasi hati besarnya.

Mujahadahnya akan terbantu.

Perjalanannya menuju ALLAH akan lebih terpimpin dan terjamin.

Hatinya menjadi pusat kesucian dan kebaikan… maka lahirlah yg baik2 sahaja pada tindakan dan percakapan.

Mahmudahnya menenggelamkan mazmumah.

Itulah hati orang yg telah mendapat malam Al Qadar.

Orang lain mungkin tidak perasan pada awalnya. Ia hanya dapat dirasai oleh orang yg mengalaminya.

Rasa tenang, bahagia, lapang dan sejuk.

Kemudian sedikit demi sedikit orang lain mula ketara… Ah, dia sudah berubah. Ah, indahnya perilakunya.

Subhanallah, dia telah berubah. Apa yg ada dalam hatinya mula terserlah.

Dan itulah tanda2 malam Al Qadar tahun itu yg paling ketara dan terasa, bukan pada alam dan jagat raya tetapi pada diri manusia makhluk yg sempurna.

Semoga malam2 berbaki ini, kita akan menambah pecutan amal. Tidak kiralah sama ada Al Qadar telah berlalu atau masih menanti detik untuk bertamu.

Kita tidak akan menunggu tetapi kita akan memburu.

Kita akan terus memburu sekalipun malam ganjil telah tamat dan Ramadhan sudah berakhir.

Sampai bila? Sampai bila2. Kerana bagi Mukmin yg cintakan ALLAH, seolah-olah setiap malam adalah ‘malam Al Qadar’.

Al Qadar boleh datang, boleh pergi… tetapi Penciptanya sentiasa ada… sampai bila2. Semoga kita mati, setelah bertemu malam Al Qadar ini (1437 H) atau dalam perjalanan menuju malam Al Qadar nanti…

Persediaan menemuinya bukan dibuat  semalaman, seharian, mingguan atau bulanan.

Tetapi seluruh hayat kita adalah persediaan untuk “menemuinya”. Mengapa?

Kerana perjuangan membersihkan hati adalah perjuangan sepanjang hayat.

Qalbun Salim (hati sejahtera) itu adalah cita2 abadi kita!

Ya ALLAH, aku hanya insan lemah, yg sedang jatuh bangun di jalan berliku menuju-Mu. Bantulah aku, kesihanilah aku, sayangilah aku… Dlm mencari keampunan dan RedhaMu dan anugerahkan aku Qalbu

0 comments:

Post a Comment

Saturday, July 2, 2016

#muhasabah 004 : malam 1000 bulan

Posted by Nadira Aisya at 10:10 AM

0 comments on "#muhasabah 004 : malam 1000 bulan"

Post a Comment

About Me

My Photo
Nadira Aisya
aku insan biasa,yang menyanjung setiap hikmah kalimah se0rang daie..Lantaran itu ku kan terus berdiri mendukung risalah ini..
View my complete profile
Powered by Blogger.

Followers

j0m gege

ShoutMix chat widget

d0a se0rang kekasih

About this blog